Highlights

Oil and Gas Malaysia News

Author: acinanatucer   |   Latest post: Wed, 28 Jul 2021, 11:24 AM

 

Serba Dinamik rombak struktur Lembaga Pengarah, lantik IIlyas Pakeer sebagai pengerusi

Author:   |    Publish date:


Syarikat perkhidmatan minyak dan gas, Serba Dinamik Holdings Berhad melakukan rombakan terhadap struktur Lembaga Pengarahnya dengan melantik Dato’ Ilyas Pakeer Mohamed sebagai Pengerusi bukan eksekutif baharu.

 

Beliau mengambil alih tempat pengerusi sebelum ini, Dato’ Mohamed Nor yang mengekalkan jawatannya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat.

 

Rombakan tersebut bertujuan mengukuhkan lagi struktur Lembaga Pengarah syarikat dalam usaha syarikat mempercepatkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh firma auditor KPMG.

 

Perkembangan terbaharu ini juga seiring dengan pelantikan ke atas firma audit Ernst & Young Advisory Services bertujuan menyemak isu-isu yang diperkata oleh KPMG.

 

Dato’ Ilyas, 65, adalah seorang daripada tiga individu yang baharu dilantik ke Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada Isnin lalu. 

 

Beliau merupakan pengerusi eksekutif Koperasi Amanah Pelaburan Bhd, Hartanah AP Rakyat Bhd, CTG Capital Sdn Bhd, HAF Automotive Sdn Bhd, AP Holdings Bhd dan Awesome TV (subsidiari Awesome Media Network Sdn Bhd).

 

Yang kedua ialah Johan Mohamed Ishak, 46, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Bhd (2017-2020) dan bekas CEO MyCreative Ventures Sdn Bhd, entiti pelaburan milik Kementerian Kewangan (2012-2017).

 

Beliau memiliki pengalaman perakaunan dan audit yang luas dan pernah berkhidmat di Deloittee Touche Tohmatsu International dan PricewaterhouseCoopers. Johan juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan felo the Chartered Accountants Australia New Zealand (CAANZ) (sejak 1997).

 

Yang ketiga ialah Masleena Zaid, 46, merupakan seorang peguam dan pernah menjadi pendakwa raya di Suruhanjaya Sekuriti dari 2001 hingga 2007. Beliau kini adalah rakan kongsi pengurusan di firma tetuan Masleena, Yee & Partners selain menjadi pengarah bebas bukan eksekutif di AP Holding Bhd dan Eastland Equity Bhd.

Pelantikan tiga anggota baharu ini menjadikan Lembaga Pengarah Serba Dinamik kini berjumlah 12 orang.

 

Sebagai rekod, pengarah bebas Serba Dinamik pada masa ini mengandungi bekas rakan kongsi KPMG Malaysia Hasman Yusri Yusoff, bekas pengarah urusan Nationwide Express Holdings Bhd. Rozilawati Basir dan akauntan Sharifah Irina Syed Syed Ahmad Razi dan peguam, Tengku Datuk Seri Hasmuddin Tengku Othman.

 

Lembaga Pengarah syarikat terdiri daripada tiga pengasas bersama yang juga pemegang saham utama syarikat iaitu Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Abdul Karim Abdullah;  Datuk Abdul Kadier Sahib dan Pangeran Datuk Awang Daud Awang Putera.

 

Dua lagi ialah bekas pegawai kanan Petronas, Dato' Mohamed Nor Abu dan bekas CFO Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Syed Nazim Syed Faisal.

Share this
Labels: SERBADK

Related Stocks

Chart Stock Name Last Change Volume 
SERBADK 0.41 -0.005 (1.20%) 70,715,400 

  LimitUp likes this.
 


APPS
I3 Messenger
Individual or Group chat with anyone on I3investor
MQ Trader
Earn MQ Points while trading with MQ Traders Group
MQ Affiliate
Earn side income from MQ Affiliate Program
 
 

326  542  516 

ActiveGainersLosers
Top 10 Active Counters
 NameLastChange 
 EURO 0.87+0.155 
 TANCO 0.21+0.045 
 PUC 0.19+0.01 
 SOLUTN 0.89-0.01 
 KANGER 0.065+0.005 
 ASB 0.17+0.02 
 DNEX 0.74-0.01 
 SERBADK 0.41-0.005 
 HWATAI 1.15+0.08 
 HSI-CIK 0.21+0.02 
PARTNERS & BROKERS